Saturday, January 3, 2009

Like Whoa!

Semalam aku pergi reunion kat JJ Seremban 2. Ni la first time aku pergi reunion ex-ABIM. Walaupun sebelum ni diorang pernah buat (yang aku baru tau semalam...), aku tak pernah pergi. Sebab apa? Diorang takde pun nak ajak aku! Huh... *pouts* Ok, tak nak la cakap pasal tu. Hilang mood aku nak tulis post ni nanti.

Reunion tahun ni agak grand sebab ex-ABIM dari seluruh pelusuk Seremban datang (dan seorang dari K.Pilah), ikhwan dan akhwat. Ramai muka2 yang aku hampir tak cam, terutamanya budak lelaki. Biasa la tu...tapi kan, pelik, Azim dan Faisal makin chubby. Bukan ke lelaki makin besar makin kurus dan tinggi? LOL... =D. Azira dan Fadhilah pulak masih gila2 macam dulu. Zulfaa tak lekang dengan tudung labuhnya. Izzah...tak payah cite la, memang hari2 nampak muka dia. Jiran la katakan... =) Nina pulak, whoa...memang lain sangat daripada dulu. Rugged! Ok, dah la. Kalau nak cerita pasal semua orang memang tak cukup satu post. Sori la ek korang yang lain2 tu, jari aku pun nak rehat jugak. =p

Anyways, sebenarnya janji tunggu kat bowling alley pukul 11. Aku dan Izzah bertolak pukul 10.15. Tu pun dah kelam kabut, takut lambat sampai. Tapi, bila dah sampai...... (cricket sound) takde orang pun! Setengah jam kemudian, baru la nampak batang hidung diorang. Aku sempat habiskan satu roti Pappa lagi.

Aktiviti kitorang...

Main boling

Ni memang satu kemestian! Reunion ke, keluar jalan2 dengan kawan2 ke, mesti main boling. Faten memang terror walaupun dia kata tak pernah main boling. Highest score tu! Aku pulak, hehe...biasa la, antara yang paling sikit score. Masa tengah2 main tu tangan terseliuh la pulak... uhh... =.=" Main 1 game je pun sampai sejam lebih. Banyak borak dan tangkap gambar je. Tapi budak laki tak main sekali, malu la konon... Anyway, keputusannya... Hanis dapat the 3rd least score! Bangga ni... =p

Makan kat McD

Yang ni, takde apa sangat nak cerita. Makan, borak2, tangkap gambar (lagi), tukar2 nombor telefon... Oh ye, ni la first time aku habiskan makanan aku. Malas la nak pegang. =p

Tengok wayang

The best part of this reunion! Kitorang tengok Bedtime Stories. Memang kelakar! I was laughing my head off! Berbaloi la bayar tiket RM 9. Masuk wayang pun tak beli apa2 sebab dah kenyang makan McD tadi.

Lepas tengok wayang, semua berpecah buat hal sendiri. So much for a reunion... Aku, Izzah dan Alaa' pergi MPH beli buku, barang sekolah, etc. etc. Lepas tu, merayau... Dah tak tau nak pergi mana. Pukul 5, berkumpul balik. Tangkap gambar lagi. Penat la tahan senyum. =.="
Balik pulak ayah Izzah jemput.
There you have it. My best day ever before school starts...

7 comments:

FatimahSamad said...

ayooo toll..
aq igt lg ko leh lpe nk bwak fries ko blikk..huh2..blik je awal,tp lpe barang2..adoi2..

hanis-chan said...

hehe...
yela, nak cepat sgt mse 2...
=p

Anonymous said...

name saye tade? huhu.
dtg lmbt lah mase neh.buat segan jea.haha

hanis-chan said...

haha...sori la syera...
xpat nak mention sumenye kat cni...
^_^

Anonymous said...

ahha tape tape.
anyway boleh tumpang tny?
mcm mane awk letak shoutmix tu?

hanis-chan said...

awk pegi kat layout, klik add a widget.
pas2 taip 'shoutmix' kat search.
da jmpe, klik '+'
pas2 ekot arahan...
=)

Anonymous said...

ouh okeh thnks thnks