Friday, April 15, 2011

Kalau dulu...

Kalau dulu aku suka main...


sebab

Friendster ni laman sosial pertama yang aku kenal, 

Excited dapat customize layout bagai. Sebagai penagih peminat tegar manganime masa tu (Form 1) maka dengan semangatnya aku sumbat profile dengan gambar gambar anime segala macam. 24/7 duk belek profile sendiri je. Tak kira lagi berapa banyak app, lagu dan gambar anime aku bubuh. Haha.. 

Kebanyakan friends aku kat Friendster ni ketagih anime, so sangat seronok borak dengan mereka. Siap hias dengan gambar anime lagi tiap kali hantar testimonial/comment. XD

Boleh kenal dengan orang luar negara especially Asians sebab kriteria friends yang aku add/approve satu je: ANIME! Aku sampai boleh kenal dengan sorang minah Jepun ni yang sekarang duduk kat Malaysia, belajar kat international school. Terer tak aku? *piirah lu. tu pun nak kecoh.

Kalau dulu aku try pulak...


sebab

Jeles tengok kawan kawan aku ramai dah ada account MySpace. Kita mesti la pandai hidup kan, kena up to-date. Hoho.. *pangg! adoihh.. kan dah kena penampar sebijik. 

tapi..!

Tak sampai seminggu, aku delete account. Ngee~ Hangat hangat taik lembu je aku ni. Semua ni sebab..

--> Sesetengah manusia kat situ sangat menakutkan. Harrassment sana sini. 

Nama profile masing masing pelik je. hanisqute, snow pwincess, budakcungilerrr, pecinta wanita.. -__-" Susah nak cari kawan kawan lama. <--
*nama hanya rekaan semata mata 

--> Aku rasa macam takde function je account tu sebab sibuk sangat dengan account Friendster. Takde masa nak reply comment semua. *ceh.. bajet hot je aku nih. :P


Sekarang aku main ni je..

Muka buku jugak yang best. :)

sebab
Nak post comment sangatlah memudahkan kerja aku. Tekan enter terus appear. Tak payah klik macam macam.

Ada chat! Tak payah sign in Skype atau YM. Sambil chat boleh usha budak hot reply comment, update status skodeng profile pic orang. Hehe..

Yang paling aku suka, bukak home page je mesti ada noti untuk I. *dush dush..! sebut elok elok tak boleh ke? Okay okay, NOTIFICATION. Dengan ini, beta boleh tau aktiviti rakyat jelata supaya tak lah ketinggalan zaman. Tak pasal pasal nanti kena giling guling takhta sebab tak ambil tahu hal rakyat. sob sob..

Boleh 'like' macam macam. XD

Interface yang lebih organized dan matang sesuai dengan aku yang lapanbelas ni. Harhar.. Tak payah lagi kusut nak guna layout apa kejadah tu. Blog ni pun dah kusut nak pilih layout. -__-"

Kebanyakan orang guna nama sebenar kat profile masing masing. So, projek Jejak Kasih berjalan dengan jayanya. Even kawan masa tadika dulu pun boleh contact balik. Huhu.. Nostalgia betul.

Wujudnya community page/group yang bolehkan kita interaksi dengan ramai orang serentak. Macam macam info dan ilmu baru boleh dapat, kan kan kan? :D

Sekarang korang main yang mana satu? 
*FYI, aku dah delete account Friendster dan MySpace aku. Apa? Nak gaduh?


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NOTA KAKI:

Tahukah anda, *cewah.. ada satu angle selca ni dipanggil 'MySpace angle'. Angel Angle yang macam mana tu?
Ala, yang korang duk angkat kamera phone/digital/DSLR/mainan Tora tinggi tinggi sampai nak terputus urat, then snap! Terhasillah gambar anda dengan mata bulat macam ping pong dan mulut yang macam tak wujud je sebab terlindung dek pipi yang tembam bak roti papa.
Orang selalu letak gambar macam ni kat MySpace masa dolu dolu. XD

No comments: