Wednesday, June 10, 2009

Alkisah 4 minggu lepas...

Sibuk sangat dengan homework-yang-banyak-macam-nak-cuti-sebulan, tugasan BADAR Apprentice dan persiapan untuk Nadwah Islamiah hari Ahad ni, terhasillah post kedua sepanjang cuti sekolah ni... =_="
Apa2 pun, ni la yang aku dah buat 4 minggu lepas hingga ke saat ini...

8 Mei

Sis2 EMC adakan lebih kurang macam slumber party kat Dewan Bendahara. Budak perempuan je ya... Macam2 aktiviti sis EMC buat. Main game 'The Island', perang bantal (ala...pillow fight), pertunjukan fesyen (pakai baju tidur je) dan adalah sikit selingan2 crossword puzzle and labelling the human heart. Nak jugak selitkan pasal study... Yelah, 2 minggu lagi nak periksa.
Kelas aku menang nombor 2 tau dalam fashion show. Tengoklah siapa pendandannya. =p

Pukul 12 tengah malam pulak tengok Final Destination. Saya yang sudah serik dengan pengalaman lepas terus tarik selimut, pejam mata dan berusaha untuk tidak mempedulikan sound system yang sangat kuat dan mengerikan. Dengan bantuan air cond yang sangat nyaman, saya berjaya mengembara di alam mimpi...

9 Mei

Penat lepas perang bantal semalam tak berhenti di situ saja. EMC nak buat Explorace pulak. Kitorang yang dah bersemangat nak belajar, merungut2 menukar baju sukan dan turun ke tapak rollcall. Sebelum tu, bro EMC bagi taklimat pasal race ni. Kitorang kena bergerak dalam kelas masing2 menuju ke checkpoint yang dah ditetapkan. Sampai kat satu checkpoint, kita kena teka code name sis2 atau bro2 EMC yang jaga checkpoint tu ikut list yang dia dah bagi. Kalau salah, kena pergi checkpoint lain. Kalau betul, barulah sis2 atau bro2 EMC tu akan bagi tugasan dan dia akan tandatangan list code name tadi. Tapi, kalau tak dapat buat tugasan dengan betul, penalti laa...

Sepanjang race ni, kelas aku kena 3 penalti. Salah satunya, minum air yang kami sangkakan air oren lalu diteguk sepuasnya. Bila air tu masuk tekak, masin ya amat! Bertambah-tambah dahaga kitorang. Lagi 1, kitorang kena tanggal kasut, pergi kat padang yang lecak, buat lompat bintang, sliding dan rolling atas lecak tu... A pretty wet situation. Tapi malangnya, kami tak sempat habiskan semua checkpoint. T^T

18 Mei-28 Mei

Peperiksaan Akhir Semester 1... Setelah bertungkus lumus menelaah buku sehingga pelajaran dianggap hypotonic dan hampir menyebabkan otak haemolysed, tibalah saat untuk meng'hypertonic'kan otak dengan menjawab soalan2 yang membunuh. Kertas terakhir, Sejarah memaksa kami memerah otak yang dah pun crenated sebelum negara MRSM diisytiharkan merdeka. Yeah... sweet freedom!

Petang tu pulak, sambutan Hari Guru. Agak best (sebenarnya dah lupa apa nak cite). Sesetengah budak laki Form 4 jadi penyambut tetamu sambil pegang lilin sebagai simbolik guru bagai lilin membakar diri (silap2 diri sendiri terbakar kalau tak pegang elok2). Lepas tu ada persembahan drama, nasyid dan piano solo. Ada jugak tayangan filem pendek Hari Guru.




11 Jun

Outing dengan Aisya Darinna Afza... Kali ni kitorang tak nak main boling, dah boring. Borak2 dan tengok wayang je. Night at the Museum 2 sangat lawak dan kami tergelak2 dalam panggung sampai otot2 mulut sakit akibat stretching yang melampau.

Dan kitorang jumpa Akmal, Izzudin, Najeeb dan beberapa lagi yang aku tak perasan. Bila aku dengan Izzati nak balik, si Akmal nak tangkap gambar aku. Sekadar memenuhi permintaan orang yang tak jumpa selalu, aku pun posing lah dengan Izzati. Kesian Zati, jadi mangsa pulak. =D

Hari ni, 12 Jun, pukul 2.56 petang

Menghabiskan perkataan terakhir dalam post ni...

END OF TRANSMISSION
This post will self-destruct in 10, 9, 8...
Hehe...kidding =p

5 comments:

Huntoo93 said...

owh...
tak ikhlas bergambar rupernyer..
spai ati kao...
huhu...

FatimahSamad said...

lgu ni best ar..haha!!!

hanis-chan said...

akmal,

hehe...jgn mara brader.. =p
aq just x bese bdk laki nak amek gmba aq..

tmah,

yeap, lgu ni mmg best!
river flows in you remix vers.
twilight ost~
lalala~~

Ms. Figgs said...

heh..ko nis..konon xbese..tp tym mamat cino 2 amik ko xkesa la plak..lg dipkse aq amik gmbr adela..cehss..

tmah, lgu 2 sbnrnye lgu aq..hanis tiruuuu!!huhu

hanis-chan said...

laa...mamat cino 2 aq x knl xpe la...
xde r malu sgt
heheh..=p

bluek! aq da lme da jmpe lgu 2, juz x tau tjok lgu 2 je...
=p