Saturday, May 30, 2009

Jewels of the world


Dalam satu riwayat diceritakan bahawa ada seorang pemuda yang tampan dan gagah, namanya Ibnu Hajar. Cuma di sebalik ketampanannya itu tersembunyi akhlak yang rosak. Pekerjaannya merompak dan menyamun. Kejahatannya sangat terkenal. Seluruh ibu2 rasa benci mendengarnya. Kaum lelaki juga meremang bulu roma dengan Ibnu Hajar.

Satu hari dia dah bosan dengan hidupnya yang dibenci orang. Dia nak berubah dan bertaubat. Maka pekerjaan kotornya dihentikan. Tiba masa mencari isteri sah untuk dinikahi. Tapi sebab kejahatannya, orang kampung tak mau pinangannya. Pelacur pun tak nak.
Dalam keadaan putus asa, dia pergi tempat orang jual hamba. Hajatnya disampaikan kepada tuan hamba. Orang tersebut menjawab: “Secara kebetulan ada sorang hamba yang tak laku2. Apakah saudara mau??”
Dengan rasa gembira dia angguk la macam nak patah tengkuk. Lalu dihantar ke bilik gadis tersebut. Dia terkejut melihat calon isterinya itu. Kulit hitam, hidung penyek, pendek. Tapi sebab nak juga isteri, diterima juga. Hidup la pasangan itu dengan bahagia. Namun isterinya meninggal dunia ketika melahirkan anak.

Ibnu Hajar bagai hilang arah tujuan.. Tika runsing.. nafsu jahat mula timbul.. tetapi..
Pada suatu malam dia bermimpi. Dalam mimpinya itu dia dikejar ular.. tapi datang seorang tua yg menghalau ular tersebut namun tak berdaya. Tiba2 datang seorang budak baling batu yang telah membunuh ular itu.
Esok pagi Ibnu Hajar tanya pasal mimpi tu kat seorang ulama. Ditafsirkan mimpi itu bahawa budak itu adalah kebaikan yang ingin dilakukan dan akan membesar. Surutlah nafsu jahat Ibnu Hajar.

Lalu, Ibnu Hajar menyara hidupnya dengan memancing ikan. Suatu hari perutnya lapar. Namun ikan masih tak diperoleh lagi. Tiba2 dia terlihat sebiji jambu yang hanyut. Lalu ditangkap jambu itu dan selamatlah jambu itu dalam perutnya. Setelah selesai makan badannya menjadi panas dan berubah mnjadi hitam. Timbul kesedaran dalam hatinya, 'Mungkin akibat makanan yang haram tadi. Aku harus minta izin pada tuan jambu ni.'
Berangkatlah dia menyusuri sungai mencari tuan punya jambu. Terlihat satu ladang jambu dan bertemulah dia dengan pemilik jambu itu. Pemilik jambu itu sedang marah kerana jambunya hilang. Ibnu Hajar pun berkata, "Saya mohon maaf atas jambu yang saya makan."

Lalu, pemilik jambu itu menyuruh Ibnu Hajar membayar ganti rugi tapi dia takde wang. Pemilik jambu berkata, "Kalau begitu kamu bekerja di tempat ku selama satu tahun, pastu baru aku halalkan.” Belum sempat Ibnu hajar ingin menawarkan cara lain, pemilik jambu itu telah lenyap. Kerana Ibnu Hajar telah bertekad untuk bertaubat, maka diturutinya. Selepas setahun bekerja, dia bertemu dengan orang tua itu untuk minta izin untuk tinggalkan tempat itu.
Dengan selamba orang tua itu berkata, "Setahun itu untuk membayar harga jambu, tapi jambu itu kepunyaan anakku. Kamu perlu membayar kesedihan anakku itu. Maka kamu perlu bekerja lagi setahun.”

Terpaksalah dia bekerja lagi setahun. Siang dan malam dia bekerja. Lepas setahun jumpalah dia dengan tuan kebun tadi. Dia berkata, "Hari ini aku dah bebas dan mohon izin untuk meninggalkan kebun ini.”
Tapi, dengan tegas orang tua itu berkata, "No..no..no.. Untuk kau ketahui, kerana anak ku terlalu sedih akibat kehilangan jambunya itu, dia telah menjadi perawan tua. Sebagai hukuman kamu perlu mengahwini anakku itu. Aku harapkan kau tak kecewa dengan calon itu. Anakku kakinya lumpuh, buta, bisu dan pekak.”

Ibnu Hajar bingung. Namun diterimanya juga. Selepas selesai akad nikah, dia dibenarkan masuk ke bilik isterinya itu. Tapi takde sape pun. Dibuka kelambu, alangkah terkejutnya dia melihat gadis yang cantik berkulit merah jambu tanpa cacat cela. Ibnu Hajar lari keluar bertemu mertuanya itu dan berkata, "Mana isteri saya?” Mertuanya berkata, "Gadis itulah isteri kamu. Dia buta kerana tak melihat maksiat, kaki dan tangan lumpuh kerana tak ke tempat maksiat, bisu kerana tak berkata perkara sia2...”

Hmm.. mana la nak cari perempuan camtu sekarang? So, akhowat sekalian, marilah kita berusaha untuk menjadi seperti isteri Ibnu Hajar tu tadi. Mesti best kan.. jadi wanita solehah yang darjatnya sangat mulia di sisi Allah.

Yang ikhwan pulak, mana satu yang korang nak pilih? Permata yang dibalut dengan kain baldu dan disimpan rapi atau permata yang dibiar bertaburan kat tepi jalan?
Perempuan ni sesetengah orang anggap macam Astro, "macam2 ada..", tapi wanita solehah macam One In A Million.. susah sangat nak jumpa..

12 comments:

Ms. Figgs said...

cam penah kudgr crite ni..
tp versi epal laa

One In A Million
once in a lifetime..
lalala~..

imran S said...
This comment has been removed by the author.
imran S said...

hahaha...
aq pn same gak ar....
tp citer dier kahwin ngan 1st isteri die ape kene mengena dgn the whole story ???
hmm,
otk aq kureng memahaminya...
xpe2,
asalkn dpt tahu moral of da story ckpla kn?

hanis-chan said...

fiqa,

da penah dgr xpe la..
refresh blk..

imran,

hmm...da abg badar 2 cite camtu
aq pon rse cam xde point je
tp aq rse die cbe nk ckp yg ibnu hajar ni mmg btol2 nk tobat..
so ble die kawen, die da ad tggungjwb..
so xde la die nk wt jahat...
pendpt aq je 2..

hanis-chan said...

eh? sape pny comment yg deleted 2??

imran S said...

huhuhu..
aq pnye commentla tue..
terang2 tls kt ats tu...
aq deleted sbb trtnggl 1 perkataan jer...
deleted jer la...
nt ko gak yg x phm aper aq cuba nk smpikn ...
huhuhuh...\

hanis-chan said...

ow..hehe..
rilek2..
aq da phm
ko lak da phm ke penjelasan aq 2?
pendpt ko cane?

imran S said...

huhuhh,
aq still ade part yg x phm ..
anak die ape plak yg trjadi kt die..
senyap camtue jer ...
huhuhu..
papepn btl la kot explanation ko ttg die kawen tue...

hanis-chan said...

heheh..anak die??
ntahla..
bhgie ngan mak tiri die kot?
ko ni pon, pk dlm sgt la..
anak die xde kene mengene pon..
haha..

imran S said...

hahaha...
okla...
2 jela soalan2 yg brmain di minda aq nie...\
....................
thanx 4 sharing da story btw

Ms. Figgs said...

da refresh.. tp versi epal 2 xde ank, die bkn org jht..tp die org yg sgt2 baek..n moral die pon agk laen laa..die mnunjukkan org yg baek utk org yg baek..hmm..aq rse lbey krg mcm 2 laa..hehe..papepon, aq msih mnantikan post ko yg mncritekan KHIDUPAN ko..ok??

hanis-chan said...

laa..2 cam da cite len je..
khidupn aq ek??
hmm...aq x tau la nk 2lis psl pe..
nnt2 la ek aq pk..
hehe