Thursday, April 28, 2011

Kisah orang Jepun

Woi, cerita dah basi laa.. Dah sebulan lebih, baru nak buat entry pasal ni. Pe daa..

Ah, sukati aku la. Tokse baco sudoh.. Tubik mu!
 
Readers lari baru tau...

Eh eh. Jangey lah gitu. Lepak dulu, aku nok ghoyak ko mu nih..


Sila abaikan drama di atas. Hikhik.. Takde idea nak buat muqadimah entry sebenarnya. :P

Okay, dalam entry ni aku nak koba an kat korang pasal orang Jepun ni. Walaupun sekarang aku dah jadi kipas susah-mati die-hard fan orang Korea, *ok, K-Pop sebenarnya. aku tak mahu jadi bias. Haha.. Apakah? Takde kena mengena.


Ok, mungkin bias. Haha.. biarlah. :P


Yelah kan, masa zaman muda muda dulu *sekarang pun muda lagi ok.. asyik tengok anime je. Kagum sebab kartun kartun sepatutnya budak budak je layan, tapi kartun Jepun ni even atok aku pun tengok. *ok, tipu. 
Begitulah hebatnya penangan kartun Jepun ni kan. 
Jadi manga-ka (kartunis) je dah boleh kalahkan Datuk K Siti Nurhaliza punya income. Harhar..

Sebenarnya nak cerita ni... Haruslah semua rakyat dunia tahu yang dah sebulan lebih sejak negara Matahari Terbit ni ditimpa bencana yang mungkin terburuk dalam sejarah : gempa bumi 8.9 skala Richter dan tsunami 7 meter.
Kepada yang tak tau lagi, sila lah tadah (?) muka anda untuk ditampar laju laju. Up-to-date lah sikit!

Kita tengok dulu lah ye sedikit sebanyak snapshot sepanjang saya berkampung di Jepun sebagai wartawan yang berkaliber. *dush dush! abuugit! kebabom!! Ok ok, aku tak merepek lagi dah.


Semoga pakcik sentiasa tabah...

Betapa hebatnya kuasa air. Subhanallah..

Kesian akak ni. Hilang macam macam. So, bersyukurlah.

Subhanallah.. Apa agaknya petanda di sebalik kejadian ni?


Rasanya ni dah cukup untuk menggambarkan betapa dahsyatnya bencana ni. Orang orang Jepun memang tabah. Bukan nak mengagungkan bangsa lain, tapi kalau lah orang Malaysia boleh contohi sikap diorang yang satu ni, tak payah tunggu tahun 2020, Malaysia dah boleh maju. 
Teknologi canggih bagai nak rak pun tak guna kalau rakyatnya tak canggih dari segi nilai murni. Ye tak? :)

Satu sikap orang Jepun yang memang aku kagum sejak aku mula berkecimpung dalam dunia anime ni : DISIPLIN.

Ya, disiplin.


Mereka tak berebut untuk dapatkan bantuan keperluan asas.


Siap lukis line untuk beratur.


Walaupun dalam keadaan darurat macam ni, orang Jepun masih pentingkan adab dan tatasusila.
Sedangkan kat Malaysia, nak beli aiskrim dengan apek pun nak berebut. -__-"

Biasanya time time bencana alam macam ni, aktiviti looting atau mencuri sangat la berleluasa. Yet, the Japanese didn't even try to steal things. 
Pekedai siap boleh bagi diskaun lagi untuk barang barang runcit. Tak kurang jugak yang bagi free je.


Kerja kerja pembersihan dah start beberapa hari lepas bencana.


Berbaloi sakit pinggang nak pulihkan negara mereka balik.


Diorang tau kalau asyik meratap, negara diorang takkan pulih balik. Just move forward. :)
Let bygones be bygones.


Tengok video ni pulak. Tabik spring lah!
*takde kena mengena dengan bencana alam ni pun



Aku pandai pandai je nasihat orang tapi aku bukannya baik sangat pun.
Sila lah menampar saya dengan sepenuh jiwa raga anda. Terima kasih.
Sama sama muhasabah diri. :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NOTA KAKI:

Interview MARA semalam syok~
Walaupun ada part yang aku tak puas hati, but I had fun!
Orait, ready untuk interview KPLSPM pulak minggu depan! Fighting~
TEEHEE! *abang nigahiga punya pasal :P

5 comments:

Iffah Syuqaira said...

that line is super nice and extremely amazing! I love it <3

hanis-chan said...

line yang mana? hee.. lampi sikit.

hanis-chan said...

ohh.. line beratur tu ke?
kan? AMAZING. :D

FatimahSamad said...

*pengsan*

betul2.dekat kantin pun pelajar*hehe,common sikit* pun taknak beratur ..dahlatu.memasing mcm kambing..mcmla x dpt mkanan -.-'

tension.

hanis-chan said...

haha.. kambing. XD
yup, macam orang tak bertamadun.