Please, ignore suara brader tu. Baca lirik je. Wah, ini sangat EPIC! Tak pernah dalam sejarah hidup aku meneliti dan menghayati lirik lagu. HAHA.
Lagu korea tu memang selalu la search gak kan tapi tak pernah nak fahamkan maksud. :P
Anyway, baguih le ada orang nak buat parody pasal lagu Friday tu. Lagi baguih, it's an Islamic parody. Aku pun terfikir nak buat entry pasal solat Jumaat dan senarionya.
Hah, daripada dok pikiaq nak duduk seat mana, baik pikiaq nak duduk saf mana masa solat Jumaat kan? Eh, aku tak tau. Aku tak pergi solat Jumaat. HAHA.
Tapi, tak perlu fikir pun sebenarnya kan. Rebutlah saf depan. Dapat
Paling penting, jangan lah datang masjid lambat gila-bila-orang-nak-angkat-takbir-baru-terkedek-kedek-sampai-dengan-motor-kapcai.
Sila terasa ye. Sape makan cili rasa cili. Eh? :P
Aku nak cerita sikit pasal mangkuk yang tak sedar diri ni. Aku dengar dengan telinga aku sendiri tau. Fuhh.. Panasss.
Aku tak ingat la aku form berapa masa tu. Tapi yang aku ingat, hari tu hari Jumaat. Tengahari. Nak dekat masuk waktu zohor. Lepas balik sekolah, singgah F***** S**** jap. Aku pun pergi la kat bahagian alat tulis, nak cari pen. *ke cari benda lain? entah lupa dah. Kat hujung isle tu ada la sepasang pekerja ni, diorang borak borak sambil susun barang. Aku baru nak blah pergi bayar, tetiba terdengar lak si awek tu tanya katkayubalak tu :
Gel : Eh, kau tak pergi semayang Jumaat ke? Nak masuk waktu ni.
Boi : Ala, buat apa pergi semayang Jumaat tu.. Apa barang. HAHAHA.
Gel : HAHAHA. Jahat la u ni. Ahaks.. *saje je tambah ayat gediks tu.
Pehh.. Menyirap seyh. Aku pantang betul la lelaki tak solat Jumaat ni. Nak je aku sekeh mangkuk tuh. Tapi memikirkan yang ummi nak cepat hantar adik aku pergi masjid, aku tahan je. Kang tak pasal pasal adik aku pulak tak pergi solat Jumaat. *ceh, padahal takut! haha.
Harap harap korang tak macam tu la yek. :)
No comments:
Post a Comment