*eh eh tajuk entry ni ntah berapa kali aku post kat FB. haha. ish biarlah orang takde modal. :P
WARNING : This entry may cause you wanting to slap me across the face.
Okay, bukanlah tak nak bersyukur tapi rasa down jugak lah bila MARA tak nak bagi aku study kat KMB an. Sedih woo.. Online FB malam tadi menambahkan rasa sedih aku. Kat group batch TGB, status.. Mana mana pun ada je orang post pasal result MARA. Memang agak ramai lah yang bakal fly ke UK dan Ireland. *sobs.. :'(
Malam tadi memang fuhh.. Hampir gugur air mata dara aku bila KMB yang aku harapkan tak muncul kat skrin laptop. Tapi ni pulak yang keluar.
Kursus : PERUBATAN TIMUR TENGAH
Program/Tempat : PERSEDIAAN TIMUR TENGAH / IKIP KUANTAN
WTF moment |
I was like, what the fish?? Bila masa aku apply Timur Tengah? Kenapa Kuantan? Ape kejadahnya IKIP tu? Lama aku tenung skrin tu, macam nak tembus. Because I can't believe what I'm seeing. Lagi sekali, TIMUR TENGAH??
Why oh why... T^T
Berkecai impian aku nak pergi UK, main salji,
Tapi, tiba tiba teringat ayat ni.
"... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." 2 : 216
Terima kasih kepada Aisya Darinna Afza dan ummi sebab ingatkan aku. Maybe aku terlalu berharap sangat untuk ke UK so Allah bagi dugaan sebegini rupa. Apa apa pun, aku masih bersyukur sebab MARA masih baik hati nak offer scholarship.
Takpe, aku redha je. I admit, interview aku hampeh. Membazir duit MARA je kalau hantar aku pergi UK. HAHA.
Atas cadangan ummi tersayang, aku buat list ni supaya aku tak rasa frust tertonggeng sampai sakit pinggang.
Kenapa aku nak/patut terima offer MARA ni?
- Sape lagi nak bagi kau scholarship woi. Harapkan KPLSPM? Puiih. Interview pun tunggang langgang.
- Penat penat buat jambatan spageti takkan la tak nak terima kan.
- Boleh fly awal. Siap boleh kasi flying kiss lagi kat budak budak yang masih struggle untuk program pre-medical course yang lain. Hoho..
- Tempat persediaan kat Kuantan. Boleh balik kampung time cuti.
- Ada la sorang dua budak TGB yang sama dengan aku. Lega sikit.
- Maybe MARA akan hantar ke Alexandria University. One of the best place untuk buat medic.
- Alexandria kat tepi laut tuu.. Berangin~
- Aku bakal menjejak kaki lagi di bumi anbia'.
- Aku bakal belajar bahasa syurga walaupun aku tak minat.
- Boleh graduate awal wok! Kerja awal,
kahwin awal. Terbaik! XD
Maybe korang boleh tambah lagi? Hehe..
YA ALLAH, bantulah aku membuat pilihan terbaik untuk masa depanku supaya aku menyesali pilihanku nanti. Sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik untukku. Maka Kau tunjukkanlah kepadaku. Amiinn..
Not bad gak kan? Ala ala Oxford gitu. Heheh.. |
25 comments:
Huhu,
bila dah baca nih, rase sedih je sebab aku pun pernah berada dalam kasut kau beberapa muinggu yang lepas...
Hmmm, senang citer buatlah solat istikharah banyak2..
kalau still tak dapat decide jugak, mintak lah opinion orang lain ,
hmmm, nak susahkan citer pulak, just harap + doa jugaklah untuk KPLSPM tuh...
mane la tau dapat pulak kan? ^^v
Ps: semoga berjaya dalam membuat keputusan! aku pun sebenarnye sedih jugak kawan2 sume dapat jpa / mara. Aku sorang (ok ni tipu :o ) je yang tercampak kat uitm tuh .
Huhuhu
haha..
aku mmg tak harap pun KPLSPM tu.
ape aku boleh buat skrg istikharah n mintak pendapat org je la.
thanks anyway. :)
takpe, uitm pun ok. hehe..
eh, hanis nk jadi cikgu ke? tak tau la pulak.. hehe :D
em,apapun tahniah tau~! semoga berjaya. mne2 pun x kisah, yg penting diri kita ^^
all the best~~~!!! :)
haha, Nanti kalau dapat KPLSPM mesti lagi pening punye....
Jom jom UITM xD
its up to you anyway. So, Goodluck again!
iffah: haha.. KPLSPM tu saja2 je amek. nak pengalaman interview. :P
tak berharap pun.
imran: ala, kalau dpt KPLSPM pun aku tak pergi sbb aku tak nak jd cikgu! haha..
anyway, mcm nak terima la pulak MARA ni. huhu.. harap2 ni yg terbaik utk aku.
Hye Dear,
Just my 2 cent opinion...Percayalah, Allah memberi yang terbaik yang kita tak pernah terfikir. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Jangan lupa istikharah, dan berdoa semoga inilah yang terbaik untuk Hanis.
alasan tambahan;
boleh balik selalu, mak ayah x risau sangat. Anak Cikgu Ruzanah selalu balik, lagi2 time ramadhan:)
Anak HR saya seronok kat sana...
Best of luck, Hanis
terima kasih byk2 cikgu. :)
saya pun dah redha and dah decide nak pergi je. boleh dpt pengalaman baru. hehe..
eh sape anak hr cikgu tu? nnt boleh kenal2. :D
btw, SELAMAT HARI GURU, cikgu. :)
Hanis :)
Err terasa pula yg sorg dua tu heheh.
Emm saya pun bersedih juga.
Smlm 50-50 tp hari ni dah jd 60-40. Maybe as the days passed I & WE can get better..
Need more time kan :) Nvr mind Allah tu Maha Adil. Dia tak lepas pndg setiap usaha yg kita buat selama ni. Kalau manusia tak nmpk tp Dia Maha Melihat. Jd jgn risau sbb Dia lebih mengetahui. Mari kita berkampung di sana..
hanis,, oklah middle east. not that bad. pape pun congrates!!
ntah sape nak ajar aku addmath lagi pasni..
biha: setuju2! doesn't hurt to give it a shot kan? :D
wadi: huhu.. ko buat aku sdey. anyway, thanks. :)
Salam. Saya pun dapat IKIP under Mara! Kita samalah. Minta study kat UK/Ireland tapi dapat Egypt pula. Tapi MARA hantar ke Alex. So no worries, Alex lagi bagus drpd Cairo walaupun Cairo diiktiraf oleh Barack Obama sendiri. Alex dah berapa kali menang Noble Prize. See you there!
wah~ jumpa lagi geng. yeayy! :D
so mmg confirm lah MARA akan hantar ke alex ea?
yeah, see you soon! :)
btw, congrats!
yup. my dad asked orang mara and they say they'll send us to alexandria only :)
Oh ikip tu mana actually? Tak pernah dengar pun.
Congrats to you too!
itulah. I just heard about IKIP when I got the offer. haha.
kat kuantan kan?
mak saya kata IKIP tu Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang. yelah, orang Pahang mesti tau. hehe
thanks btw!
btw, awak dah dapat surat tawaran dah ke? BDia tulis program apa? Persediaan intensif timur tengah-mesir ke?
Tadi saya check kat fb and ada orang cakap yang pergi IKIP semua tu pergi jordan. tapi yg peliknya, say apunya program tu ke mesir. which is egyptlah kan? not jordan right? confused.
belum dpt surat lagi.
tapi it's confirmed. mmg IKIP hantar ke mesir. cuba check website IKIP. kat tepi website tu ade floating notice. dia bagi list dokumen yg kena bwk masa daftar nnt.
and prepare rm500+ sebab maybe dia ada suruh bayar apa2 ke..
kwn saya call IKIP dpt info ni la.
Oh ha ah. Petang tadi ikip hantar sms cakao oasal floating notice tu. Tak dpt lagi surat? Saya dah dpt hari sabtu hari tu. Oh barang barang apa nak bawa? I mean, baju semua?
oh dah dpt surat ke? pelik pulak, nape saya tak dpt lagi? kwn2 saya pun tak dpt lagi.
esok saya nak call lah, tanya pasal dresscode kat IKIP. nanti boleh prepare baju ape nak bawa.
Awak dah call ikip? Dress code dia apa ek? Oh ans semua slip, surat beranak, salinan ic, passport kena ada chop sekolah ke?
dresscode takde yg khusus. asal tutup aurat je. :)
yup, kena sahkan. tapi tak semestinya cop sekolah. mana2 pegawai yg sama taraf la.
awak dah terjemahkan surat beranak, sijil semua ke? Btw, borang perubatan mesir KPT tu nak download then fill up the form and pass up to Putrajaya ke IKIP?
ahhhhh. dah gelabah dah.
yg terjemahan tu IKIP yg uruskan. borang KPT tu pulak bawa masa daftar nanti rasanya.
memang gelabah. haha. surat dpt lambat an.
Oh ikip yang uruskan? Seriously? Borang kpt tu nak 3 ke 2 je?
Medical check up belum buat lagi :| diorg ckp kalau buat kat government hospital, 2 minggu baru spt result. Kalau private, 2 je -_-
salam.
actually akk google ttg ikip timur tengah sbb adik akk dpt tmpt yg sme jgk.medic timur tengah.tetibe blog awk plk kuar.
akk pn student alex u.da thn 5.insyaAllah lg setahun je nk abes.
byk sgt bnde y awk blh grab d mesir ni.jgn risau.semuanya Allah dah tentukan utk awk.hanya tawakal dan bersyukur itu sebaik2 ucapan.
p/s: maaf sekiranya akk ganggu.all the best in ikip.
im ikip student also :)
Post a Comment