Showing posts with label tazkirah~. Show all posts
Showing posts with label tazkirah~. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Uniform sekolah

*terfikir nak post pasal ni masa tengah syok tengok School Rumble Second Term.

Kenapa la uniform sekolah kat Malaysia bukan macam ni?

Lawa la pulak design. Teringin nak pakai.. XD

Perasan tak kebanyakan anime mesti scene kat sekolah, kan? Setiap sekolah pulak mesti lain design uniformnya. Banyak idea si manga-ka ni ye.
*syok sendiri je aku. haha.. takpe, orang kaki anime macam aku je faham.

Okay, cerita uniform sekolah yang seksi kemeksi.
Eleh. Lama dah kecoh benda ni. Dah habis sekolah duduk diam diam. Suka hati kitorang la nak pakai apa pun. Pengawas tak tulis nama pun kalau baju seksi..?

Eh eh kau. Hati aku tak suka la tengok korang tayang tayang ni. Wekk..

Okay, agak childish di situ. Abaikan. Bagi aku kan, isu ni semuanya bermula dengan pelajar tu sendiri. Kalau dia conscious dengan perintah Allah yang kebanyakan orang pandang sebelah taik mata je ni, dia takkan beli uniform yang kainnya tak jarang @ pakai tudung yang labuh dan tutup dada @ etc. So, bukanlah salah design uniform semata mata, ye tak? Lu pikir la sendiri~

Macam macam boleh jadi zaman sekarang kalau tak pandai jaga diri. Ingat pesan nenek ni ye cu.. 
*seriously, kau ni ada masalah personaliti ke? Kejap jadi Nabil, kejap jadi nenek.

Menjawab tak soalan kat atas tadi? Tak ke.. Okay, Google lah sendiri. -__-"

Jangan pakai macam ni sudah laa..

Eww.. tak payah pakai baju je la kak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NOTA KAKI:

Okay, sekarang aku dah tak B.O.S.A.N. Weee~ Prepare habis habisan untuk interview!
Baru je dapat panggilan interview KPLSPM. Banyak borang kena isi, buat karangan lagi..
Lagi satu, aku dah drive sampai ke Jusco tuu. Terer tak aku? Muahaha..

Tengok ni, tengok ni. ngee~ XD

Klik la bagi besau.

Saturday, May 30, 2009

Jewels of the world


Dalam satu riwayat diceritakan bahawa ada seorang pemuda yang tampan dan gagah, namanya Ibnu Hajar. Cuma di sebalik ketampanannya itu tersembunyi akhlak yang rosak. Pekerjaannya merompak dan menyamun. Kejahatannya sangat terkenal. Seluruh ibu2 rasa benci mendengarnya. Kaum lelaki juga meremang bulu roma dengan Ibnu Hajar.

Satu hari dia dah bosan dengan hidupnya yang dibenci orang. Dia nak berubah dan bertaubat. Maka pekerjaan kotornya dihentikan. Tiba masa mencari isteri sah untuk dinikahi. Tapi sebab kejahatannya, orang kampung tak mau pinangannya. Pelacur pun tak nak.
Dalam keadaan putus asa, dia pergi tempat orang jual hamba. Hajatnya disampaikan kepada tuan hamba. Orang tersebut menjawab: “Secara kebetulan ada sorang hamba yang tak laku2. Apakah saudara mau??”
Dengan rasa gembira dia angguk la macam nak patah tengkuk. Lalu dihantar ke bilik gadis tersebut. Dia terkejut melihat calon isterinya itu. Kulit hitam, hidung penyek, pendek. Tapi sebab nak juga isteri, diterima juga. Hidup la pasangan itu dengan bahagia. Namun isterinya meninggal dunia ketika melahirkan anak.

Ibnu Hajar bagai hilang arah tujuan.. Tika runsing.. nafsu jahat mula timbul.. tetapi..
Pada suatu malam dia bermimpi. Dalam mimpinya itu dia dikejar ular.. tapi datang seorang tua yg menghalau ular tersebut namun tak berdaya. Tiba2 datang seorang budak baling batu yang telah membunuh ular itu.
Esok pagi Ibnu Hajar tanya pasal mimpi tu kat seorang ulama. Ditafsirkan mimpi itu bahawa budak itu adalah kebaikan yang ingin dilakukan dan akan membesar. Surutlah nafsu jahat Ibnu Hajar.

Lalu, Ibnu Hajar menyara hidupnya dengan memancing ikan. Suatu hari perutnya lapar. Namun ikan masih tak diperoleh lagi. Tiba2 dia terlihat sebiji jambu yang hanyut. Lalu ditangkap jambu itu dan selamatlah jambu itu dalam perutnya. Setelah selesai makan badannya menjadi panas dan berubah mnjadi hitam. Timbul kesedaran dalam hatinya, 'Mungkin akibat makanan yang haram tadi. Aku harus minta izin pada tuan jambu ni.'
Berangkatlah dia menyusuri sungai mencari tuan punya jambu. Terlihat satu ladang jambu dan bertemulah dia dengan pemilik jambu itu. Pemilik jambu itu sedang marah kerana jambunya hilang. Ibnu Hajar pun berkata, "Saya mohon maaf atas jambu yang saya makan."

Lalu, pemilik jambu itu menyuruh Ibnu Hajar membayar ganti rugi tapi dia takde wang. Pemilik jambu berkata, "Kalau begitu kamu bekerja di tempat ku selama satu tahun, pastu baru aku halalkan.” Belum sempat Ibnu hajar ingin menawarkan cara lain, pemilik jambu itu telah lenyap. Kerana Ibnu Hajar telah bertekad untuk bertaubat, maka diturutinya. Selepas setahun bekerja, dia bertemu dengan orang tua itu untuk minta izin untuk tinggalkan tempat itu.
Dengan selamba orang tua itu berkata, "Setahun itu untuk membayar harga jambu, tapi jambu itu kepunyaan anakku. Kamu perlu membayar kesedihan anakku itu. Maka kamu perlu bekerja lagi setahun.”

Terpaksalah dia bekerja lagi setahun. Siang dan malam dia bekerja. Lepas setahun jumpalah dia dengan tuan kebun tadi. Dia berkata, "Hari ini aku dah bebas dan mohon izin untuk meninggalkan kebun ini.”
Tapi, dengan tegas orang tua itu berkata, "No..no..no.. Untuk kau ketahui, kerana anak ku terlalu sedih akibat kehilangan jambunya itu, dia telah menjadi perawan tua. Sebagai hukuman kamu perlu mengahwini anakku itu. Aku harapkan kau tak kecewa dengan calon itu. Anakku kakinya lumpuh, buta, bisu dan pekak.”

Ibnu Hajar bingung. Namun diterimanya juga. Selepas selesai akad nikah, dia dibenarkan masuk ke bilik isterinya itu. Tapi takde sape pun. Dibuka kelambu, alangkah terkejutnya dia melihat gadis yang cantik berkulit merah jambu tanpa cacat cela. Ibnu Hajar lari keluar bertemu mertuanya itu dan berkata, "Mana isteri saya?” Mertuanya berkata, "Gadis itulah isteri kamu. Dia buta kerana tak melihat maksiat, kaki dan tangan lumpuh kerana tak ke tempat maksiat, bisu kerana tak berkata perkara sia2...”

Hmm.. mana la nak cari perempuan camtu sekarang? So, akhowat sekalian, marilah kita berusaha untuk menjadi seperti isteri Ibnu Hajar tu tadi. Mesti best kan.. jadi wanita solehah yang darjatnya sangat mulia di sisi Allah.

Yang ikhwan pulak, mana satu yang korang nak pilih? Permata yang dibalut dengan kain baldu dan disimpan rapi atau permata yang dibiar bertaburan kat tepi jalan?
Perempuan ni sesetengah orang anggap macam Astro, "macam2 ada..", tapi wanita solehah macam One In A Million.. susah sangat nak jumpa..

Monday, April 6, 2009

Stairs of life

,Bismillah... Masa tazkirah maghrib beberapa minggu lepas, abang BADAR ada bagi satu cerita. Aku ingat lagi (walaupun dengan susah payah cuba mengingatnya =p) cerita tu sebab kena betul dengan hidup aku. Maybe dalam hidup semua orang jugak, tapi takpe, aku nak cite jugak.

Ada 3 orang sahabat yang melancong kat bandar Melaka (abang tu bagi contoh Melaka, kalau nak retell story ni kat sesape janganla terikat dengan Melaka je). Tapi masa tu semua hotel penuh. Diorang pun cari2 sampai la jumpa hotel yang ada bilik kosong. Bilik yang kosong tu kat tingkat atas sekali. Lepas diorang letak barang, diorang pun pergi la sight-seeing kat Melaka. Dah malam2 buta baru balik hotel.

Tapi, lif hotel tu rosak. Terpaksa la diorang guna tangga yang ada 60 anak tangga. So, sambil naik tangga tu diorang cerita pengalaman diorang. 20 anak tangga pertama, si A cerita pasal pengalaman gembira dia. 20 anak tangga seterusnya, si B cerita pasal cabaran2 yang pernah dia hadapi dan masa 20 anak tangga terakhir, si C kata, "Weh, kunci bilik kita hilang la..." Bila dia cakap camtu, diorang pun melopong je kat tangga mengenang nasib si perantau....

Hah, gelak, gelak jugak. Aku nak bagitau moral of the story ni. Hidup kita macam tangga tu la. 20 yang pertama, zaman kanak2 kita yang penuh dengan kegembiraan. Tak payah pening kepala pasal apa2. 20 yang seterusnya, macam zaman remaja dan dewasa. Masa ni la banyak tanggungjawab yang perlu kita pikul. Banyak tanggungjawab, mesti la banyak cabaran kan. SO, kita kena bijak menghadapi cabaran. Jangan mengeluh dulu sebelum cuba.

20 yang terakhir tu pulak zaman emas kita. Kalau kita tak laksanakan tanggungjawab masa muda kita dulu, hari2 tua kita hambar je. Rasa tak aman hidup disebabkan bebanan tanggungjawab yang tak terlaksana tu. Balasan Allah kepada orang yang malas berusaha masa badan masih kuat. Bila dah tua, dah tak berdaya nak buat macam2. Habiskan masa atas sejadah je. Tu pun tak larat nak buat macam2 ibadat. Masa muda ni, enjoy, enjoy jugak. Kewajipan mesti didahulukan.