Wednesday, May 11, 2011

Dunia dah maju, zaman dah berubah.. yeke?

Banyak kasut mak aku rosak sebab aku.


Sekarang semua dok kecoh kecoh pasal UPU, matriks bagai. Tak terkecuali aku yang dalam dilema ni.

MARA ke UiTM?


Haih, dah besar rupanya aku. Dah nak masuk U dah. Tak boleh main main dah. Nak pikir kahwin lagi.
Tiba tiba teringat zaman kecik kecik dulu. Apa kata kita flashback kejap, lupakan dulu hal kahwin UPU bagai tu. Nostalgia siott masa buat entry ni. Wuu.. *haktuihh..


Entah gambar anak sape aku amek nih. Femes kejap ye dik.


Ingat lagi tak korang duk cangkung kat tanah ramai ramai main masak masak? Dulu ye ye je main, tapi sekarang masak gulai pun tak reti lagi. Hehe..
Habis botak pokok pokok kat rumah atuk aku dibantai untuk dibuat 'lauk'. 



Aku dulu mekap serupa badut. Tak macam ni.


Ni budak perempuan je lah main mekap mekap. Kecik kecik dulu dah puas bermekap, so sekarang dah tak kisah. Keluar shopping dengan muka berminyak siap boleh buat goreng ikan pun selamba je. *melampau! At least bedak sikit la. :P



Bila beli baju Barbie, selalu berangan nak pakai camtu gak. Hee..


Mengaku cepat! Sape pernah main babi Barbie doll nih dulu?
Mengaku je lah. Seronok kan main bendalah ni? Siap beli set rumah lagi tuu.. Baju tak payah cerita la.
Kalau pergi Parkson mesti singgah bahagian mainan nak beli baju Barbie ni. :D

Ala, tak main Barbie konon. At least korang main gak patung kertas ni kan..? Haha..
|
|
 V
Paling kurang pun main benda ni kan kan kan?


*eheh.. Sori lah. Aku cite pasal mainan budak perempuan je


TU DULU LA KAN...


SEKARANG??


Juling woi!


Budak budak sekarang dah tak kejar gula-gula dah weii... Frankly, aku jeles dengan budak budak zaman sekarang. Haha. Yelah kan..

Lahir lahir je iPod depan mata. *mana lah tau doktor tu main apps kat iPod dia time nak sambut baby. oh, tak ea? :P
Masuk tadika, dapat iPhone seketui.
Naik sekolah menengah, petik jari dapat iPad sehelai.

Budak budak zaman sekarang dah tak kenal 'main masak masak', 'konda kondi', 'batu seremban', 'guli'... *eh, apa motif letak apostrophe?

So diorang ni sangat bertuah la lahir dalam dunia yang dah serba canggih ni. Nak belajar air batu campur ABC pun guna apps kat iPad. Stylo semacam. :D

Tak payah la manjakan budak budak ni. Diorang tak tau pahit jerih orang dolu dolu nak hidup. *eh aku pun tak tau sebenarnya. hehe.. Dulu mana ada iPod uPod bagai. Segala cabaran ditempuh dengan tulang berkerat kerat.

Bila dimanjakan, nanti budak budak jadi lembik. Tak berdaya saing. Susah sikit, nak merengek. Puiih..

Cewah, cakap macam aku ni menteri. Padahal jeles sebab ada budak darjah 3 dah ada henpon, aku Form 1 baru dapat merasa ada henpon. Tu pun cikai je. :P

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NOTA KAKI:

Tiba tiba tergerak nak buat entry ni masa tengah belek belek gambar zaman sekolah dulu.
Terjumpa gambar ni. Ehek. Rindu lah sama dia. Budak ni, pantang nampak kamera mesti nak main.
Orang hulur gula-gula dia tak nak wei! XD

Eh, lupa la pulak nama dia.

9 comments:

imran S said...

haha..
baru nak buat entri sejibik macam nih :D

anyway, seriously even budak 6 tahun dah ade FB =.=
jangan cerita lah pasal ipad, opad, epad suma tuh memang dorang tak petik jari pun memang akan dapat *more =.=

Im tengok dulu kalau sedare mare berkumpul , mesti main teng teng, kejar-kejar etc, sekarang main playstation ngan tv je la.

yang penting mesti akan ade sorang duk hadap lappy nye :)

hanis-chan said...

haha.. sama! kalau dulu balik kampung mesti main masak2 ke ape..
sekarang ramai2 kumpul dpn laptop tgk cite korea. XD

Khairussyifa' Humaira said...

saayaaaaa~!

*hehe,td suh ngaku sape main anak patung kertas masa kecil...

siyes,rindu saat tu..dulu syifa' main anak patung kertas ngn izzah bawah meja kat skolah(time tu da hbis pekse)....skali cikgu asmah han datang,ingat dia nak marah..rupenya dia main skali.hihi,x sngka.dia kata dia kecik2 pun main benda tu gak...

hanis-chan said...

hehe.. kan kan? rinduuu~
ni nak masuk u dah, takleh main2 dah. haha..

budak2 skrg main laptop je kan.
kalau dulu, balik kampung mesti main kejar2 ke.. skrg main ps, tak pun ramai2 tgk cite korea. mana tak gemuk budak2 skrg. XD

imran S said...

haha, penat je comment panjang2 mase ari tuh..
haha.

papepun, setuju ngan post nih :D

hanis-chan said...

haha.. sian imran. :P
hari tu kan blogger cam jam kejap. ada kwn aku tu tgh2 dia syok buat entry pjg, ttbe takleh publish n save.
mana tak bengang. hehe..

imran S said...

haha, tau
takpe la..
aku sbnr nye pun baru je nak wat entri pasal nih...
tapi kau dah buat kan, malaz lak nak buat :D

wadihana afza said...

zaman kanak2 mmg best!! ;) eh. i follow.. hehe.

hanis-chan said...

hehe.. kan. rindu nak jadi zaman tu. :D