Saturday, May 30, 2009

Jewels of the world


Dalam satu riwayat diceritakan bahawa ada seorang pemuda yang tampan dan gagah, namanya Ibnu Hajar. Cuma di sebalik ketampanannya itu tersembunyi akhlak yang rosak. Pekerjaannya merompak dan menyamun. Kejahatannya sangat terkenal. Seluruh ibu2 rasa benci mendengarnya. Kaum lelaki juga meremang bulu roma dengan Ibnu Hajar.

Satu hari dia dah bosan dengan hidupnya yang dibenci orang. Dia nak berubah dan bertaubat. Maka pekerjaan kotornya dihentikan. Tiba masa mencari isteri sah untuk dinikahi. Tapi sebab kejahatannya, orang kampung tak mau pinangannya. Pelacur pun tak nak.
Dalam keadaan putus asa, dia pergi tempat orang jual hamba. Hajatnya disampaikan kepada tuan hamba. Orang tersebut menjawab: “Secara kebetulan ada sorang hamba yang tak laku2. Apakah saudara mau??”
Dengan rasa gembira dia angguk la macam nak patah tengkuk. Lalu dihantar ke bilik gadis tersebut. Dia terkejut melihat calon isterinya itu. Kulit hitam, hidung penyek, pendek. Tapi sebab nak juga isteri, diterima juga. Hidup la pasangan itu dengan bahagia. Namun isterinya meninggal dunia ketika melahirkan anak.

Ibnu Hajar bagai hilang arah tujuan.. Tika runsing.. nafsu jahat mula timbul.. tetapi..
Pada suatu malam dia bermimpi. Dalam mimpinya itu dia dikejar ular.. tapi datang seorang tua yg menghalau ular tersebut namun tak berdaya. Tiba2 datang seorang budak baling batu yang telah membunuh ular itu.
Esok pagi Ibnu Hajar tanya pasal mimpi tu kat seorang ulama. Ditafsirkan mimpi itu bahawa budak itu adalah kebaikan yang ingin dilakukan dan akan membesar. Surutlah nafsu jahat Ibnu Hajar.

Lalu, Ibnu Hajar menyara hidupnya dengan memancing ikan. Suatu hari perutnya lapar. Namun ikan masih tak diperoleh lagi. Tiba2 dia terlihat sebiji jambu yang hanyut. Lalu ditangkap jambu itu dan selamatlah jambu itu dalam perutnya. Setelah selesai makan badannya menjadi panas dan berubah mnjadi hitam. Timbul kesedaran dalam hatinya, 'Mungkin akibat makanan yang haram tadi. Aku harus minta izin pada tuan jambu ni.'
Berangkatlah dia menyusuri sungai mencari tuan punya jambu. Terlihat satu ladang jambu dan bertemulah dia dengan pemilik jambu itu. Pemilik jambu itu sedang marah kerana jambunya hilang. Ibnu Hajar pun berkata, "Saya mohon maaf atas jambu yang saya makan."

Lalu, pemilik jambu itu menyuruh Ibnu Hajar membayar ganti rugi tapi dia takde wang. Pemilik jambu berkata, "Kalau begitu kamu bekerja di tempat ku selama satu tahun, pastu baru aku halalkan.” Belum sempat Ibnu hajar ingin menawarkan cara lain, pemilik jambu itu telah lenyap. Kerana Ibnu Hajar telah bertekad untuk bertaubat, maka diturutinya. Selepas setahun bekerja, dia bertemu dengan orang tua itu untuk minta izin untuk tinggalkan tempat itu.
Dengan selamba orang tua itu berkata, "Setahun itu untuk membayar harga jambu, tapi jambu itu kepunyaan anakku. Kamu perlu membayar kesedihan anakku itu. Maka kamu perlu bekerja lagi setahun.”

Terpaksalah dia bekerja lagi setahun. Siang dan malam dia bekerja. Lepas setahun jumpalah dia dengan tuan kebun tadi. Dia berkata, "Hari ini aku dah bebas dan mohon izin untuk meninggalkan kebun ini.”
Tapi, dengan tegas orang tua itu berkata, "No..no..no.. Untuk kau ketahui, kerana anak ku terlalu sedih akibat kehilangan jambunya itu, dia telah menjadi perawan tua. Sebagai hukuman kamu perlu mengahwini anakku itu. Aku harapkan kau tak kecewa dengan calon itu. Anakku kakinya lumpuh, buta, bisu dan pekak.”

Ibnu Hajar bingung. Namun diterimanya juga. Selepas selesai akad nikah, dia dibenarkan masuk ke bilik isterinya itu. Tapi takde sape pun. Dibuka kelambu, alangkah terkejutnya dia melihat gadis yang cantik berkulit merah jambu tanpa cacat cela. Ibnu Hajar lari keluar bertemu mertuanya itu dan berkata, "Mana isteri saya?” Mertuanya berkata, "Gadis itulah isteri kamu. Dia buta kerana tak melihat maksiat, kaki dan tangan lumpuh kerana tak ke tempat maksiat, bisu kerana tak berkata perkara sia2...”

Hmm.. mana la nak cari perempuan camtu sekarang? So, akhowat sekalian, marilah kita berusaha untuk menjadi seperti isteri Ibnu Hajar tu tadi. Mesti best kan.. jadi wanita solehah yang darjatnya sangat mulia di sisi Allah.

Yang ikhwan pulak, mana satu yang korang nak pilih? Permata yang dibalut dengan kain baldu dan disimpan rapi atau permata yang dibiar bertaburan kat tepi jalan?
Perempuan ni sesetengah orang anggap macam Astro, "macam2 ada..", tapi wanita solehah macam One In A Million.. susah sangat nak jumpa..

Wednesday, May 6, 2009

Exam mode

Huh...suddenly I feel jealous of Upin and Ipin. They don't have to memorise formulae, history facts and such. Sometimes I wish I was 5 again. Play, eat and sleep is all I have to think about. Haha... I know it's just a 'angan2 Minah Jenin', but a girl can dream, can't she? =p

Ok, now I'm being ridiculous. Side effects of a studyaholic (is that even a word?). I have a fortnight till my final exam for this semester and what am I doing right now? Blogging and roaming the Net for no exact reason... Yeah, that's me. A typical last-minute-study student. Hey, don't blame me, I've just finished my UPSS last week. Honestly, the MRSM exam system is driving me crazy! 3 weeks after an exam, there's another waiting.

Lemme explain the exam system. In one semester, there's 3 exams, namely; UPSS 1, UPSS 2 and final exam. Our achievement in the UPSSs will contribute 30% in our pointer while the final exam is 60%. Another 10% is our attendance in class, coursework, homework and attitude.
There! Isn't that just torture?

Anyway, I also want to wish all the best to you guys who will be taking your mid-year exam. Georgians especially.
Success will be ours, InsyaAllah... =)

Friday, May 1, 2009

Kena jawab pulak...

List 10 things/people that you love the most

#1 Allah s.w.t
#2 the Prophet s.a.w
#3 al-Quran
#4 umi dan ayah~
#5 adik-beradik (yeke? sekali jumpa, gaduh...=p)
#6 aisya darinna afniza! keep on rockin' gurlfrenz!
#7 my henpon lerr...
#8 teacher ruzila...semangat aku nak belajar chemistry!
#9 anime n manga! hehe...hampir lupa pulak
#10 err...bantal busuk?

List 10 things/people that you hate the most

#1 rollcall malam yakni perhimpunan (sbg hukuman) sampai pukul 2, 3 pagi...ugh..
#2 lagu2 yang adik aku suka
#3 dibandingkan dgn orang yang lebih baik drpd aku
#4 homework
#5 prep malam kat ds (dewan selera)
#6 menu makan malam kat tgb
#7 'couple'ing!
#8 'dedah'ing aurat!
#9 ahli kumpulan yang buat bodo je kalau ada presentation...balik2 aku yang kena buat! me no likey!
#10 raja, bdk kelas aku...sesedap dia je bukak buku time exam sejarah!

List 10 thing that you'd like to do

#1 perhatikan orang
#2 tinggalkan jejak kat blog orang
#3 main sms sampai kebas jari/kredit habis
#4 tengok anime!
#5 dengar mp3
#6 baca diari orang...hehe, cian roommate aku =p
#7 makan
#8 tido
#9 gelakkan adik2 aku bila mu/chelsea kalah...hoho
#10 buat latihan add maths!

List 5 things that you hate about your life

#1 homework bertimbun macam nak cuti sebulan
#2 hari2 mandi pukul 5.30...sojuk!
#3 wajib turun riadah
#4 sorang buat salah, sume kene rollcall malam
#5 perasaan malas tiap kali nak buat homework

What would you do if you mad at someone?

pendamkan dulu, sambil tu dlm kepala otak bayangkan aku tengah belasah org yg aku marah tu, lepas habis kelas time lunch makan banyak2, balik bilik, hempas pintu and then tido...

List 5 people that you would like to tag

#1 FLMPs
#2 Izzat
#3 Q(sape2 yang nama dia mula dgn Q)
#4 Athirah
#5 hamba Allah yang baca post ni

*huruf yg aku bold tu take note ye...hehe...padan muka dia