Thursday, April 28, 2011

Kisah orang Jepun

Woi, cerita dah basi laa.. Dah sebulan lebih, baru nak buat entry pasal ni. Pe daa..

Ah, sukati aku la. Tokse baco sudoh.. Tubik mu!
 
Readers lari baru tau...

Eh eh. Jangey lah gitu. Lepak dulu, aku nok ghoyak ko mu nih..


Sila abaikan drama di atas. Hikhik.. Takde idea nak buat muqadimah entry sebenarnya. :P

Okay, dalam entry ni aku nak koba an kat korang pasal orang Jepun ni. Walaupun sekarang aku dah jadi kipas susah-mati die-hard fan orang Korea, *ok, K-Pop sebenarnya. aku tak mahu jadi bias. Haha.. Apakah? Takde kena mengena.


Ok, mungkin bias. Haha.. biarlah. :P


Yelah kan, masa zaman muda muda dulu *sekarang pun muda lagi ok.. asyik tengok anime je. Kagum sebab kartun kartun sepatutnya budak budak je layan, tapi kartun Jepun ni even atok aku pun tengok. *ok, tipu. 
Begitulah hebatnya penangan kartun Jepun ni kan. 
Jadi manga-ka (kartunis) je dah boleh kalahkan Datuk K Siti Nurhaliza punya income. Harhar..

Sebenarnya nak cerita ni... Haruslah semua rakyat dunia tahu yang dah sebulan lebih sejak negara Matahari Terbit ni ditimpa bencana yang mungkin terburuk dalam sejarah : gempa bumi 8.9 skala Richter dan tsunami 7 meter.
Kepada yang tak tau lagi, sila lah tadah (?) muka anda untuk ditampar laju laju. Up-to-date lah sikit!

Kita tengok dulu lah ye sedikit sebanyak snapshot sepanjang saya berkampung di Jepun sebagai wartawan yang berkaliber. *dush dush! abuugit! kebabom!! Ok ok, aku tak merepek lagi dah.


Semoga pakcik sentiasa tabah...

Betapa hebatnya kuasa air. Subhanallah..

Kesian akak ni. Hilang macam macam. So, bersyukurlah.

Subhanallah.. Apa agaknya petanda di sebalik kejadian ni?


Rasanya ni dah cukup untuk menggambarkan betapa dahsyatnya bencana ni. Orang orang Jepun memang tabah. Bukan nak mengagungkan bangsa lain, tapi kalau lah orang Malaysia boleh contohi sikap diorang yang satu ni, tak payah tunggu tahun 2020, Malaysia dah boleh maju. 
Teknologi canggih bagai nak rak pun tak guna kalau rakyatnya tak canggih dari segi nilai murni. Ye tak? :)

Satu sikap orang Jepun yang memang aku kagum sejak aku mula berkecimpung dalam dunia anime ni : DISIPLIN.

Ya, disiplin.


Mereka tak berebut untuk dapatkan bantuan keperluan asas.


Siap lukis line untuk beratur.


Walaupun dalam keadaan darurat macam ni, orang Jepun masih pentingkan adab dan tatasusila.
Sedangkan kat Malaysia, nak beli aiskrim dengan apek pun nak berebut. -__-"

Biasanya time time bencana alam macam ni, aktiviti looting atau mencuri sangat la berleluasa. Yet, the Japanese didn't even try to steal things. 
Pekedai siap boleh bagi diskaun lagi untuk barang barang runcit. Tak kurang jugak yang bagi free je.


Kerja kerja pembersihan dah start beberapa hari lepas bencana.


Berbaloi sakit pinggang nak pulihkan negara mereka balik.


Diorang tau kalau asyik meratap, negara diorang takkan pulih balik. Just move forward. :)
Let bygones be bygones.


Tengok video ni pulak. Tabik spring lah!
*takde kena mengena dengan bencana alam ni pun



Aku pandai pandai je nasihat orang tapi aku bukannya baik sangat pun.
Sila lah menampar saya dengan sepenuh jiwa raga anda. Terima kasih.
Sama sama muhasabah diri. :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NOTA KAKI:

Interview MARA semalam syok~
Walaupun ada part yang aku tak puas hati, but I had fun!
Orait, ready untuk interview KPLSPM pulak minggu depan! Fighting~
TEEHEE! *abang nigahiga punya pasal :P

Tuesday, April 19, 2011

Chocoholic!

Pergh! Meleleh hinguih ayaq liuq cheq.. :F

COKLAT!

Benda yang buat aku ketagih sejak 5 tahun lepas.
Benda yang buat aku tak ingat dunia.
Benda yang buat dunia tak ingat aku. (??)
Benda yang hilangkan stres aku.
Benda yang boleh buat aku jadi macam ni kalau 'overdose'...

Erk.. Ok, tipu. Kalau dalam coklat tu ada racun, possible lah kot. :P


Lagi lah aku suka BENDA NI sejak...

Melt in her lips. Angel Chocolate. *fangirl scream. kyaaaa~! XD


Eh, aku nak cerita apa sebenarnya ni? Ce cite ce cite..


Okay okay. Meh duduk dulu, kalau nak lebih feel, lari pergi kedai beli cekelat cepat! *apa motif beli cekelat? haha.. Nak start dah ni...

Yang putih tu biji koko. Hok ni la yang akan jadi cekelat tu.

Coklat datangnya dari pokok koko atau nama saintifiknya, Theobroma cacao. Sejak 3000 tahun dulu, orang dah mula tau apa tu coklat. Sebenarnya coklat ni pahit tau, tapi sebab dah proses bagai (diperam, dikeringkan, dibakar..) jadilah coklat berkrim penuh masyukk. Nyam nyam~
Fuhh.. jauh perjalanan En. Coklat nih kan. Kita sedap sedap je makan. *eh, coklat memang untuk dimakan pun. -__-"

Apa apa pun, sebagai penggila coklat tegar, ramai orang cakap..

Kau ni makan coklat je. Gemuk baru tau.
Ish, tak baik tau makan coklat je. Nanti berat badan naik. Baik makan Calci Yum.

Eh, ada ke kau nampak aku gemuk?? Takde kan. So, shut the hell up. *pehh.. marah siot.
Hehe.. Ter'emo' lak. Bukannya apa, ramai orang salah anggap dengan En. Coklat ni. Padahal dia boleh buat korang sihat dan kuat dengan caranya tersendiri. *tak payah makan calci yum pun. haha

Antara kebaikan coklat yang buat aku jadi penggila coklat adalah... sebagai penyeri mood yang duka lara. Cewah... Ok, ambil masa sekejap untuk try ni.

Masyuk bhai!



Ambil 1 bar coklat. Gigit sikit. Jangan telan terus! Biarkan coklat tu cair perlahan lahan, bermain main dalam mulut anda... Kemudian, telan dengan anggun. (?) Ya Allah, nikmat tak terhingga! Tiba tiba anda akan rasa gembira yang teramat sangat macam nak kahwin! *over lah minah ni.






Apa korang rasa? Tak rasa apa apa? Fine..! *haktuihh.. penat je aku nak bagi feel.
Takpe, penggila coklat je yang faham kot.

My point is, sebenarnya coklat memang satu terapi yang baik ketika sedang stress atau moody. The rich taste, the feeling of melting chocolate in your mouth somehow blows away all your problems. Ye tak?

Okay, biasanya dekat spa ada mandi susu kan? Sekarang dah wujud satu spa ni yang based on chocolate therapies kat Hotel Hersheys. Even nama hotel pun dah boleh agak. :P

Boleh jilat sambil sambil tu. :P
Orang dah tak pakai lumpur dah weii..














Katanya lah kan, coklat kat spa tu berfungsi untuk
  • memperbaharui sel sel mati
  • melembutkan dan melembapkan kulit
  • nyahkan anasir berbahaya kat kulit *ayat mantap
  • buat kulit nampak lebih muda jelita (ni yang paling best)

Coklat jugak boleh tentukan personaliti seseorang tau. Haa.. jangan tak tau. Pakcik Murray Langham kata dalam buku dia, Chocolate Therapy: Dare To Discover Your Inner Self, bentuk dan jenis coklat tu menggambarkan personaliti kita. Contohnya, peminat...

  • milk chocolate - innocent people who like to live in the past. *aku lah tu. hee.. 
  • dark chocolate - materialistic, problem solvers who are excited by the future.
  • white chocolate - innate sense of fairness and believe they have the power of the universe at their command

Tak caya lagi?? Hambek kauu..
  • Secawan coklat panas sebelum makan boleh kurangkan selera. Terbaik lah untuk orang yang tengah diet.
  • Lelaki yang makan coklat dipercayai hidup setahun lebih lama dari lelaki yang tak makan coklat. (jangan percaya sangat. haha..)
  • Dalam coklat ada serotonin yang berfungsi sebagai anti-murung. Bendalah ni jugak lah sebagai 'feel-good factor' dalam coklat tu.

Apa lagi? Serbu lah kedai runcit ke, seben eleben ke, beli cekelat!


Dengan mangkuk mangkuk boleh balun!

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NOTA KAKI:
Agaknya abang Willy Wonka bangga tak dengan aku sebab promote coklat untuk dia? Haha..

Friday, April 15, 2011

Kalau dulu...

Kalau dulu aku suka main...


sebab

Friendster ni laman sosial pertama yang aku kenal, 

Excited dapat customize layout bagai. Sebagai penagih peminat tegar manganime masa tu (Form 1) maka dengan semangatnya aku sumbat profile dengan gambar gambar anime segala macam. 24/7 duk belek profile sendiri je. Tak kira lagi berapa banyak app, lagu dan gambar anime aku bubuh. Haha.. 

Kebanyakan friends aku kat Friendster ni ketagih anime, so sangat seronok borak dengan mereka. Siap hias dengan gambar anime lagi tiap kali hantar testimonial/comment. XD

Boleh kenal dengan orang luar negara especially Asians sebab kriteria friends yang aku add/approve satu je: ANIME! Aku sampai boleh kenal dengan sorang minah Jepun ni yang sekarang duduk kat Malaysia, belajar kat international school. Terer tak aku? *piirah lu. tu pun nak kecoh.

Kalau dulu aku try pulak...


sebab

Jeles tengok kawan kawan aku ramai dah ada account MySpace. Kita mesti la pandai hidup kan, kena up to-date. Hoho.. *pangg! adoihh.. kan dah kena penampar sebijik. 

tapi..!

Tak sampai seminggu, aku delete account. Ngee~ Hangat hangat taik lembu je aku ni. Semua ni sebab..

--> Sesetengah manusia kat situ sangat menakutkan. Harrassment sana sini. 

Nama profile masing masing pelik je. hanisqute, snow pwincess, budakcungilerrr, pecinta wanita.. -__-" Susah nak cari kawan kawan lama. <--
*nama hanya rekaan semata mata 

--> Aku rasa macam takde function je account tu sebab sibuk sangat dengan account Friendster. Takde masa nak reply comment semua. *ceh.. bajet hot je aku nih. :P


Sekarang aku main ni je..

Muka buku jugak yang best. :)

sebab
Nak post comment sangatlah memudahkan kerja aku. Tekan enter terus appear. Tak payah klik macam macam.

Ada chat! Tak payah sign in Skype atau YM. Sambil chat boleh usha budak hot reply comment, update status skodeng profile pic orang. Hehe..

Yang paling aku suka, bukak home page je mesti ada noti untuk I. *dush dush..! sebut elok elok tak boleh ke? Okay okay, NOTIFICATION. Dengan ini, beta boleh tau aktiviti rakyat jelata supaya tak lah ketinggalan zaman. Tak pasal pasal nanti kena giling guling takhta sebab tak ambil tahu hal rakyat. sob sob..

Boleh 'like' macam macam. XD

Interface yang lebih organized dan matang sesuai dengan aku yang lapanbelas ni. Harhar.. Tak payah lagi kusut nak guna layout apa kejadah tu. Blog ni pun dah kusut nak pilih layout. -__-"

Kebanyakan orang guna nama sebenar kat profile masing masing. So, projek Jejak Kasih berjalan dengan jayanya. Even kawan masa tadika dulu pun boleh contact balik. Huhu.. Nostalgia betul.

Wujudnya community page/group yang bolehkan kita interaksi dengan ramai orang serentak. Macam macam info dan ilmu baru boleh dapat, kan kan kan? :D

Sekarang korang main yang mana satu? 
*FYI, aku dah delete account Friendster dan MySpace aku. Apa? Nak gaduh?


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NOTA KAKI:

Tahukah anda, *cewah.. ada satu angle selca ni dipanggil 'MySpace angle'. Angel Angle yang macam mana tu?
Ala, yang korang duk angkat kamera phone/digital/DSLR/mainan Tora tinggi tinggi sampai nak terputus urat, then snap! Terhasillah gambar anda dengan mata bulat macam ping pong dan mulut yang macam tak wujud je sebab terlindung dek pipi yang tembam bak roti papa.
Orang selalu letak gambar macam ni kat MySpace masa dolu dolu. XD

Wednesday, April 13, 2011

Uniform sekolah

*terfikir nak post pasal ni masa tengah syok tengok School Rumble Second Term.

Kenapa la uniform sekolah kat Malaysia bukan macam ni?

Lawa la pulak design. Teringin nak pakai.. XD

Perasan tak kebanyakan anime mesti scene kat sekolah, kan? Setiap sekolah pulak mesti lain design uniformnya. Banyak idea si manga-ka ni ye.
*syok sendiri je aku. haha.. takpe, orang kaki anime macam aku je faham.

Okay, cerita uniform sekolah yang seksi kemeksi.
Eleh. Lama dah kecoh benda ni. Dah habis sekolah duduk diam diam. Suka hati kitorang la nak pakai apa pun. Pengawas tak tulis nama pun kalau baju seksi..?

Eh eh kau. Hati aku tak suka la tengok korang tayang tayang ni. Wekk..

Okay, agak childish di situ. Abaikan. Bagi aku kan, isu ni semuanya bermula dengan pelajar tu sendiri. Kalau dia conscious dengan perintah Allah yang kebanyakan orang pandang sebelah taik mata je ni, dia takkan beli uniform yang kainnya tak jarang @ pakai tudung yang labuh dan tutup dada @ etc. So, bukanlah salah design uniform semata mata, ye tak? Lu pikir la sendiri~

Macam macam boleh jadi zaman sekarang kalau tak pandai jaga diri. Ingat pesan nenek ni ye cu.. 
*seriously, kau ni ada masalah personaliti ke? Kejap jadi Nabil, kejap jadi nenek.

Menjawab tak soalan kat atas tadi? Tak ke.. Okay, Google lah sendiri. -__-"

Jangan pakai macam ni sudah laa..

Eww.. tak payah pakai baju je la kak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NOTA KAKI:

Okay, sekarang aku dah tak B.O.S.A.N. Weee~ Prepare habis habisan untuk interview!
Baru je dapat panggilan interview KPLSPM. Banyak borang kena isi, buat karangan lagi..
Lagi satu, aku dah drive sampai ke Jusco tuu. Terer tak aku? Muahaha..

Tengok ni, tengok ni. ngee~ XD

Klik la bagi besau.