Friday, May 27, 2011

It's Jumuah!

Moh kita layan video pagi pagi Jumaat ni.



Please, ignore suara brader tu. Baca lirik je. Wah, ini sangat EPIC! Tak pernah dalam sejarah hidup aku meneliti dan menghayati lirik lagu. HAHA.
Lagu korea tu memang selalu la search gak kan tapi tak pernah nak fahamkan maksud. :P

Anyway, baguih le ada orang nak buat parody pasal lagu Friday tu. Lagi baguih, it's an Islamic parody. Aku pun terfikir nak buat entry pasal solat Jumaat dan senarionya.
Hah, daripada dok pikiaq nak duduk seat mana, baik pikiaq nak duduk saf mana masa solat Jumaat kan? Eh, aku tak tau. Aku tak pergi solat Jumaat. HAHA.
Tapi, tak perlu fikir pun sebenarnya kan. Rebutlah saf depan. Dapat rasa kipas pahala bonus. *tapi kot ye pun nak pahala bonus, bagi la can kat orang lebih tua. heheh




Paling penting, jangan lah datang masjid lambat gila-bila-orang-nak-angkat-takbir-baru-terkedek-kedek-sampai-dengan-motor-kapcai.
Sila terasa ye. Sape makan cili rasa cili. Eh? :P

Aku nak cerita sikit pasal mangkuk yang tak sedar diri ni. Aku dengar dengan telinga aku sendiri tau. Fuhh.. Panasss.

Aku tak ingat la aku form berapa masa tu. Tapi yang aku ingat, hari tu hari Jumaat. Tengahari. Nak dekat masuk waktu zohor. Lepas balik sekolah, singgah F***** S**** jap. Aku pun pergi la kat bahagian alat tulis, nak cari pen. *ke cari benda lain? entah lupa dah. Kat hujung isle tu ada la sepasang pekerja ni, diorang borak borak sambil susun barang. Aku baru nak blah pergi bayar, tetiba terdengar lak si awek tu tanya kat kayu balak tu :

Gel : Eh, kau tak pergi semayang Jumaat ke? Nak masuk waktu ni.

Boi : Ala, buat apa pergi semayang Jumaat tu.. Apa barang. HAHAHA.

Gel : HAHAHA. Jahat la u ni. Ahaks.. *saje je tambah ayat gediks tu.


Pehh.. Menyirap seyh. Aku pantang betul la lelaki tak solat Jumaat ni. Nak je aku sekeh mangkuk tuh. Tapi memikirkan yang ummi nak cepat hantar adik aku pergi masjid, aku tahan je. Kang tak pasal pasal adik aku pulak tak pergi solat Jumaat. *ceh, padahal takut! haha.

Harap harap korang tak macam tu la yek. :)

Thursday, May 26, 2011

Bvlgarigirl Ulat Buku Giveaway

Jangan terpedaya dengan title ye. Sape pulak nak bagi aku barang BVLGARI kan. Nak sebut pun tak reti. HAHA.

Tetiba rasa nak join GA. Sebelum ni aku mana kisah nak join contest contest or GA GA ni. Yelah, dah nak masuk U kan, kita enjoy lah dulu. *takde kena mengena

Sedang aku sibuk blogwalking tadi, I stumbled upon a blog owned by cik Arianna. Tetiba aku berminat dengan blog dia. Tetiba rasa nak join GA dia. Semuanya secara tetiba. Kebetulan atau takdir? *cewah, ayat tak menahan. :P

Barang GA tu novel and aku pilih ni :



Tak minat pun novel novel ni. Tapi, macam yang aku kata tadi semuanya secara tetiba. Suka suka je. Tak dapat pun takpe. Eh, siap boleh buat pantun lagi. Haha. :)

Tuesday, May 17, 2011

Kesedihan dalam kegembiraan..

*eh eh tajuk entry ni ntah berapa kali aku post kat FB. haha. ish biarlah orang takde modal. :P

WARNING : This entry may cause you wanting to slap me across the face.

Okay, bukanlah tak nak bersyukur tapi rasa down jugak lah bila MARA tak nak bagi aku study kat KMB an. Sedih woo.. Online FB malam tadi menambahkan rasa sedih aku. Kat group batch TGB, status.. Mana mana pun ada je orang post pasal result MARA. Memang agak ramai lah yang bakal fly ke UK dan Ireland. *sobs.. :'(

Malam tadi memang fuhh.. Hampir gugur air mata dara aku bila KMB yang aku harapkan tak muncul kat skrin laptop. Tapi ni pulak yang keluar.

Kursus : PERUBATAN TIMUR TENGAH
Program/Tempat : PERSEDIAAN TIMUR TENGAH / IKIP KUANTAN

WTF moment


I was like, what the fish?? Bila masa aku apply Timur Tengah? Kenapa Kuantan? Ape kejadahnya IKIP tu? Lama aku tenung skrin tu, macam nak tembus. Because I can't believe what I'm seeing. Lagi sekali, TIMUR TENGAH??
Why oh why... T^T
Berkecai impian aku nak pergi UK, main salji, jumpa Prince Harry. Wuu..
Tapi, tiba tiba teringat ayat ni.

"... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." 2 : 216

Terima kasih kepada Aisya Darinna Afza dan ummi sebab ingatkan aku. Maybe aku terlalu berharap sangat untuk ke UK so Allah bagi dugaan sebegini rupa. Apa apa pun, aku masih bersyukur sebab MARA masih baik hati nak offer scholarship.
Takpe, aku redha je. I admit, interview aku hampeh. Membazir duit MARA je kalau hantar aku pergi UK. HAHA.

Atas cadangan ummi tersayang, aku buat list ni supaya aku tak rasa frust tertonggeng sampai sakit pinggang.

Kenapa aku nak/patut terima offer MARA ni?
  • Sape lagi nak bagi kau scholarship woi. Harapkan KPLSPM? Puiih. Interview pun tunggang langgang.
  • Boleh fly awal. Siap boleh kasi flying kiss lagi kat budak budak yang masih struggle untuk program pre-medical course yang lain. Hoho..
  • Tempat persediaan kat Kuantan. Boleh balik kampung time cuti.
  • Ada la sorang dua budak TGB yang sama dengan aku. Lega sikit.
  • Maybe MARA akan hantar ke Alexandria University. One of the best place untuk buat medic.
  • Alexandria kat tepi laut tuu.. Berangin~
  • Aku bakal menjejak kaki lagi di bumi anbia'.
  • Aku bakal belajar bahasa syurga walaupun aku tak minat. 
  • Boleh graduate awal wok! Kerja awal, kahwin awal. Terbaik! XD


Maybe korang boleh tambah lagi? Hehe..

YA ALLAH, bantulah aku membuat pilihan terbaik untuk masa depanku supaya aku menyesali pilihanku nanti. Sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik untukku. Maka Kau tunjukkanlah kepadaku. Amiinn..

Not bad gak kan? Ala ala Oxford gitu. Heheh..

Wednesday, May 11, 2011

Dunia dah maju, zaman dah berubah.. yeke?

Banyak kasut mak aku rosak sebab aku.


Sekarang semua dok kecoh kecoh pasal UPU, matriks bagai. Tak terkecuali aku yang dalam dilema ni.

MARA ke UiTM?


Haih, dah besar rupanya aku. Dah nak masuk U dah. Tak boleh main main dah. Nak pikir kahwin lagi.
Tiba tiba teringat zaman kecik kecik dulu. Apa kata kita flashback kejap, lupakan dulu hal kahwin UPU bagai tu. Nostalgia siott masa buat entry ni. Wuu.. *haktuihh..


Entah gambar anak sape aku amek nih. Femes kejap ye dik.


Ingat lagi tak korang duk cangkung kat tanah ramai ramai main masak masak? Dulu ye ye je main, tapi sekarang masak gulai pun tak reti lagi. Hehe..
Habis botak pokok pokok kat rumah atuk aku dibantai untuk dibuat 'lauk'. 



Aku dulu mekap serupa badut. Tak macam ni.


Ni budak perempuan je lah main mekap mekap. Kecik kecik dulu dah puas bermekap, so sekarang dah tak kisah. Keluar shopping dengan muka berminyak siap boleh buat goreng ikan pun selamba je. *melampau! At least bedak sikit la. :P



Bila beli baju Barbie, selalu berangan nak pakai camtu gak. Hee..


Mengaku cepat! Sape pernah main babi Barbie doll nih dulu?
Mengaku je lah. Seronok kan main bendalah ni? Siap beli set rumah lagi tuu.. Baju tak payah cerita la.
Kalau pergi Parkson mesti singgah bahagian mainan nak beli baju Barbie ni. :D

Ala, tak main Barbie konon. At least korang main gak patung kertas ni kan..? Haha..
|
|
 V
Paling kurang pun main benda ni kan kan kan?


*eheh.. Sori lah. Aku cite pasal mainan budak perempuan je


TU DULU LA KAN...


SEKARANG??


Juling woi!


Budak budak sekarang dah tak kejar gula-gula dah weii... Frankly, aku jeles dengan budak budak zaman sekarang. Haha. Yelah kan..

Lahir lahir je iPod depan mata. *mana lah tau doktor tu main apps kat iPod dia time nak sambut baby. oh, tak ea? :P
Masuk tadika, dapat iPhone seketui.
Naik sekolah menengah, petik jari dapat iPad sehelai.

Budak budak zaman sekarang dah tak kenal 'main masak masak', 'konda kondi', 'batu seremban', 'guli'... *eh, apa motif letak apostrophe?

So diorang ni sangat bertuah la lahir dalam dunia yang dah serba canggih ni. Nak belajar air batu campur ABC pun guna apps kat iPad. Stylo semacam. :D

Tak payah la manjakan budak budak ni. Diorang tak tau pahit jerih orang dolu dolu nak hidup. *eh aku pun tak tau sebenarnya. hehe.. Dulu mana ada iPod uPod bagai. Segala cabaran ditempuh dengan tulang berkerat kerat.

Bila dimanjakan, nanti budak budak jadi lembik. Tak berdaya saing. Susah sikit, nak merengek. Puiih..

Cewah, cakap macam aku ni menteri. Padahal jeles sebab ada budak darjah 3 dah ada henpon, aku Form 1 baru dapat merasa ada henpon. Tu pun cikai je. :P

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NOTA KAKI:

Tiba tiba tergerak nak buat entry ni masa tengah belek belek gambar zaman sekolah dulu.
Terjumpa gambar ni. Ehek. Rindu lah sama dia. Budak ni, pantang nampak kamera mesti nak main.
Orang hulur gula-gula dia tak nak wei! XD

Eh, lupa la pulak nama dia.