Thursday, March 31, 2011

Jiwa meronta~

Bangun tido, dating dengan Dia, mandi, sarapan, bukak fesbuk, bukak belog, err.. tengok K-Pop Hitz, tengok abang abang Big Time Rush kat Nickelodeon, bukak channel KBS, bukak fesbuk lagi, tido..

Busy kan I ni. Siap ada jadual lagi. -.-"

Apa daa.. Kau ni mengabehkan bogheh yo. Mentang mentang lah dah tak sekolah. Berjoli je ye. Cari la kerja wei. Lesen P tu nak buat hiasan je ke? Drive pergi kerja lah. Lu pikirla sendiri...

*okay, sebenarnya nak cakap aku dah dapat P. hee
Lu ingat wa tarak pikir ka Nabil? Okay, 3 minggu lepas dah kerja kat kedai fotostat. Training je sebenarnya. Tapi tak sangka aku, boring gak kerja ni. Duduk terperap je kat kedai tu *duduk rumah tak terperap pulak -.-" , makan lunch yang kat tempat sama tiap tiap hari. WA TARAK SANGGUP LA!

Aku cepat bosan lahh!

So, aku terus lah menghabiskan beras buat kerja kerja rumah je. 3 bulan aku buat semua tu, tiba tiba aku memberontak lak. Tak sedar pulak tu!
Aku dah makin malas buat kerja rumah, solat pun asyik di akhir waktu, menghadap laptop je satu hari. Mana lah ummi tak marah. Padahal aku tak bermaksud nak jadi macam ni. T^T
Nak hangout dengan member, masing masing ada banyak hal. Nak drive, kereta takde. Nak merempit, tak berani lagi keluar dari taman. Mengeluh...

B.O.S.A.N.

Aku boleh dipulihkan tak?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NOTA KAKI:

Aku rindu AISYA DARINNA AFZA!

Sunday, March 27, 2011

"Awak Sempurna Pada Saya!" kata cik Pink

*kita emo emo jap ye.

Cik Pink yang otai dah jiwang sekarang. ngee~

Pertama kali lagu Perfect ni masuk lubang telinga aku, terus aku pergi download dan cari lirik lagu ni. Semangat kan aku. Siap meng'photoshop' lagi gambar ni sebab nak masukkan lirik. Haha.. *korang tak payah la tengok music video dia. Rosak otak korang yang kudus mulus tu. Aku tengok pun tak sengaja sebenarnya. :P

Wah macam tak percaya je cik Pink ni ada lagu yang liriknya berjaya menyentuh hati jantung aku. Sesuai sangatlah lagu ni dengan situasi aku sekarang.

23.3.2011. Tak pernah aku sesedih dan segembira ni semata mata sebab sehelai kertas yang lagi ringan dari kelemumur aku *bapak banyaknya kelemumur kau. tapi lagi bernilai dari Lamborghini Gallardo korang.

Gembira sebab tak pernah dalam seumur hidup aku dapat A+ sebanyak ni. Alhamdulillah.. Paling suka BI aku A+! Nasib baik tak terkencing kegembiraan kat dewan. XD

Sedih sebab 1 subjek je yang tak dapat A+, Bahasa Melayu pulak tu! -.-" Sampaikan cikgu rasa kesal sebab even average scorers dalam kelas aku boleh dapat A+. Cikgu pun salahkan diri sendiri sebab mungkin cikgu terlepas pandang dek terlalu tumpu perhatian kat diorang. Part tu yang aku sedih sangat sebab dah hampakan cikgu. T^T

Tapi lepas dah solat istikharah pastu terdengar lak lagu ni, rasa lega sikit. Sepanjang aku jadi budak sekolah, aku asyik fikir nak perfek itu ini sebab expectations orang kat aku sangatlah tinggi bak Gunung Everest. *bajet kau pandai sangat je. harhar

Sampai aku sangat mengejar title 'perfek' tu dan tak peduli orang lain. Hello, nobody's perfect. Wahai cik Hanis, kau bukan nobody. Ye, aku tau. Tapi tak sampai hati nak hampakan harapan keluarga. Tapi, ni lah yang terbaik Allah nak bagi. Redha saja. DIA nak bagi lagi gempak kat aku la tu. Hee.. :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NOTA KAKI:

Okayy, sekarang aku dah berjangkit ngan si badut Esah ni. Haha.. Cari scholarship punya pasal. -.-"

Saturday, March 26, 2011

A Fresh Start

Yeayy! My blog is public again! Baru je habis buat facial blog nih, pergi spa lagi.. Sape la author blog yang sangat demanding ni? ngeh2~ So, apa pendapat kalian? *wah wah, guna bahasa baku pula saya. hakhak.. mentang-mentang la dah berwajah baru kann.. :P

Apa lagi baru dalam blog aku ni? Haa.. cekidaut lahh. XD

  1. Aku tukar penggunaan bahasa blog ni. Selama ni aku guna solid English je yang bajet macam aku terer sangat macam post ni dan ni. Sekarang aku 1Malaysia lahh. Bulan ni B.Melayu, bulan depan English, bulan lagi satu Tamil. 1Malaysia la sangat an. Tapi macam tu la, selang seli tiap bulan.*macam la kau ni nak update selalu. Kadang kadang macam rojak buah macam post ni. Bulan ni tak kira tau! (sepatutnya English bulan ni, tapi post dalam Malay pulak. Ampun!)
  2. Cara penulisan pun dah lain. Blog yang sudah flawless lepas buat facial ni akan guna bahasa yang lebih chillax dan santai. Sebelum ni agak skema lah. Sekarang aku menulis ikut kesesuaian remaja sekarang yang lebih suka gaya santai dan tak terlalu skema. Wah wah, dah gaya kaunselor pulak aku. Haha..

Kalau ada yang tak puas hati ngan perubahan aku ni, aku pedulik hape! sila sila lah tegur dengan penuh ayu dan macho kat comment ye. Sekian terima kasih.

Apa? Nak tengok layout blog aku yang lama? Tak payah laa. Malu lah, macam blog budak tadika je yang lama tu. Budak tadika punya pun lagi gempak wa cakap lu. *padahal lupa nak print screen. haha

Peace out yo! XD

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NOTA KAKI:

Alhamdulillah, aku berjaya skor lurus straight A's dalam SPM. Walaupun TGB tak dapat no.1 macam yang ditarget, tapi sebagai sekolah yang mempunyai paling ramai calon (450+ calon), target maktab berjaya dicapai dengan bergayanya. TGB tetap no.1 dalam hati! Suka sangat sangat batch 09/10~ :D

Sorry juga kalau cara penulisan I similar dengan uolls.. Sembah patik harap diampun.. T^T